Halaman

Isnin, 25 Oktober 2010

Sejarah McDonald's

Perbadanan McDonald's merupakan rangkaian restoran makanan segera yang terbesar di dunia.
Syarikat ini dimulakan pada tahun 1940 dengan sebuah restoran yang dibuka oleh adik-beradik Dick dan Mac McDonald, tetapi adalah pengenalan "Sistem Perkhidmatan Speedee" mereka pada tahun 1948 yang mengasaskan prinsip-prinsip restoran makanan segera ini. Bagaimanapun, McDonald's pada masa ini mengisytiharkan tarikh "penubuhannya" sebagai tarikh pembukaan restoran francais pertama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ray Kroc pada tahun 1955. Sebenarnya, restoran Ray Kroc ini merupakan restoran yang kesembilan bagi McDonald's.

Garis masa

  • 1937: Adik-beradik Dick dan Mac McDonald membukan gerai hot dog yang dinamakan "Airdome" di Arcadia, California.
  • 1940: Dick dan Mac memindahkan Airdome ke San Bernardino, California, di mana mereka membuka sebuah restoran McDonald's di Route 66 pada 15 Mei. Sebagaimana yang biasa pada masa itu, mereka menggajikan lebih kurang 20 pelayan. Menu mereka mengandungi 25 jenis makanan, kebanyakannya daging barbeku. Hamburger McDonald's yang pertama berharga AS$0.15. Restoran itu menjadi suatu tempat yang amat popular dengan remaja-remaja, serta amat menguntungkan.
  • 1948: Selepas mendapati bahawa hampir kesemua keuntungan mereka datangnya daripada hamburger, kedua-dua adik-beradik menutup restoran mereka selama beberapa bulan untuk mencipta dan melaksanakan "Sistem Perkhidmatan Speedee", sebuah sistem rangkaian pemasangan yang lalu arus untuk hamburger. Pelayan-pelayannya dipecat dan sewaktu restoran itu dibuka semula, ia hanya menjual hamburger, susu kocak dan kentang jejari. Dijual pada harga AS$0.15, harga burgernya hanya merupakan setengah daripada harga di tempat lain yang umum, dan ia dilayan dengan segera. Restoran itu amat berjaya, dan kemasyhurannya disebar dari mulut ke mulut.
  • 1953: Adik-beradi McDonald memulakan francaisnya, dengan Neil Fox merupakan pembeli francaisnya yang sulung. Yang kedua dibuka di Phoenix, Arizona. Ia merupakan restoran pertama untuk menonjolkan reka bentuk Lengkung Emas; kemudiannya pada tahun yang sama, restoran yang asal dibina semula mengikut gaya ini.
  • 1953: Restoran McDonald's yang keempat dibuka di Downey, California pada sudut Lakewood dan Florence Avenue, yang kini merupakan restoran McDonald's yang tertua di dunia yang masih beroperasi.
  • 1954: Usahawan dan jurujual pengadun susu kocak, Ray Kroc terpesona oleh restoran McDonald's semasa membuat lawatan, apabila beliau mendapati keupayaannya yang luar biasa serta kepopularannya. (Orang-orang lain yang pernah melawat restoran itu dan diilhami olehnya ialah James McLamore, pengasas Burger King, dan Glen Bell, pengasas Taco Bell.) Selepas melihat operasi restoran itu, Kroc bertemu dengan adik-beradik McDonald, dengan cadangan supaya membenarkannya menjual francais restoran McDonald diluar pangkalan syarikat (iaitu California dan Arizona), dengan sendiri sebagai pembeli francais yang pertama. Kroc bekerja bersungguh-sungguh untuk menjual McDonald's dan juga cuba memujuk Walt Disney yang merupakan kenalannya pada masa perang, supaya mengizinkannya membuka sebuah saluran keluar di Disneyland yang akan dibuka tidak lama kemudian. Malangnya, percubaan itu tidak jadi.
  • 1955: Ray Kroc menubuhkan "McDonald's Systems, Inc." pada 2 Mac, sebagai struktur undang-undang untuk pembeli francaisnya. Beliau membuka restoran McDonald's yang kesembilan di Des Plaines, Illinois, Chicago pada 15 April. Jumlah jualannya pada hari pertama ialah AS$366.12. Kini, risalah syarikat biasanya merujuk kepada tarikh itu sebagai "permulaan" syarikat, walaupun McDonald's pada waktu itu sudah beroperasi selama 15 tahun. Perubahan ini bertindak untuk menghapuskan nama adik-beradik daripada sejarah McDonald's untuk mengutamakan "Pengasas" Kroc. Syarikat masih merujuk kepada restoran ini sebagai "McDonald's #1".
  • 1955: Ray Kroc menggajikan Harry J. Sonneborn sebagai Ketua Pegawai Kewangan untuk McDonald's. Harry Sonneborn menjadi pengaruh yang utama di perbadanan McDonald's sehingga beliau meletakkan jawatan pada tahun 1967.

[sunting] Dekad 1960-an

  • 1960: Syarikat Kroc diberikan nama yang baru, iaitu "Perbadanan McDonald's".
  • 1961: Adik-beradik McDonald bersetuju menjual hak-hak perniagaan mereka kepada Kroc dengan harga AS$2.7 juta. Kroc meminjam daripada beberapa pelabur (termasuknya Universiti Princeton); Kroc berasa harga yang ditetapkan adalah terlalu tinggi dan wujudnya ketegangan hubungan antaranya dengan adik-beradik itu. Perjanjian itu membenarkan adik-beradik meneruskan operasi restoran asal mereka, tetapi sebagai kealpaan, mereka gagal mengekalkan hak untuk merupakan salah satu daripada francais McDonald's. Dinamakan semula dengan nama "M Besar" ("The Big M"), Kroc menyebabkan perniagaan itu tertutup dengan membuka sebuah saluran keluar McDonald hanya satu blok daripada restoran adik-beradik itu di utara; beliau menghadiri pembukaan itu. Jika adik-beradik itu mengekalkan perjanjian yang asal, dan diberikan 0.5% daripada hasil tahunan rangkaian itu, mereka atau warisnya akan menerima melebihi AS$100 juta setahun pada hari ini.
  • 1963: Salah satu daripada wawasan pemasaran Kroc ialah keputusannya untuk menujukan pemasaran hamburger McDonald kepada keluarga dan kanak-kanak. Pembeli francais Washington, D.C., John Gibson dan Oscar Goldstein (Perbadanan Penyebaran Gee Gee) menajakan pertunjukan kanak-kanak di WRC-TV yang digelarkan Pelawak Bozo, satu watak francais. Peranan watak itu dilakon oleh Willard Scott di Washington, D.C. dari 1959 sehingga 1962. Selepas pertunjukan itu dibatalkan, Goldstein menggajikan Scott untuk melakonkan maskot baru McDonald's, "Ronald McDonald", dalam tiga iklan TV yang pertama. Watak itu kemudiannya menyebar ke lain-lain tempat di Amerika Syarikat melalui kempen pengiklanan, walaupun Scott serta versi kostumnya yang asal ditukar. Beberapa tahun kemudian, barisan watak McDonaldland diperkembangkan.
  • 1963: Filet-O-Fish diperkenalkan di sebuah restoran di Cincinnati, Ohio yang terletaknya di kawasan yang didominasikan oleh Roman Katolik yang tidak makan daging pada hari Jumaat. Hidangan ikan itu merupakan tambahan yang pertama kepada menu asal, dan dijual di seluruh Amerika Syarikat pada tahun yang berikutnya, dengan ikan dibekalkan oleh Gorton's dari Gloucester.
  • 1967: Restoran McDonald's dibuka buat pertama kali di luar Amerika Syarikat di Richmond, British Columbia.
  • 1967: Reka bentuk restoran berasingan kini, dengan bumbung mansard dan tempat duduk dalam, diperkenalkan.
  • 1968: Mac Besar, yang serupa dengan hamburger Big Boy, dan hamburger, Pai Epal Panas ("Hot Apple Pie") diperkenalkan.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan